Salam / Selamat Sejahtera!
Sebelum AMITEC keluarkan versi SERT untuk Suzuki Raider R150 FI, aku dah design 2 versi SERT dengan label penuh. Maknanya hampir semua jenama performance pada motosikal Suzuki GSX-R 1000R Yoshimura SERT Motul dimasukkan dalam design itu. Alang-alang versi edisi SERT kan?
Dan dalam design itu ada dimasukkan sesetengah logo khusus yang meraikan kemenangan mereka ketika mengungguli EWC pada tahun 2021. Kejayaan pasukan SERT tak terhenti disitu sahaja. Ianya diikuti juga dengan beberapa kemenangan podium yang lain.

Seperti yang dilihat dalam gambar, bukan setakat SERT, ada beberapa versi lain yang entah sama ada aku nak buat atau tak. Versi Lucky Strike sendiri mempunyai pelbagai versi selain dari warna. Owh ya, versi Lucky Strike hitam ada kembarnya. Nanti aku tulis pasal kembar Lucky Strike hitam. Sebelum ini dah tulis, cumanya kecuaian ketika menaik taraf web membuatkan artikel itu terpadam.
Sayangnya memori ketika ride kali terakhir dengan Lucky Strike hitam aku dah tak fresh. Artikel sebelum ini ditulis ketika baru pulang dari ride tersebut. So ceritanya lebih detail dan dekat di hati. Hahaha. Jadi mungkin lebih banyak gambar dari cerita.
Versi Lucky Strike ini kurang mendapat perhatian golongan muda. Mana taknya, livery Lucky Strike ini diguna pada tahun 90 an ketika zaman kegemilangan Suzuki. Hanya kaum veteran sahaja yang menoleh 2 kali dan bertanya ketika berhenti di lampu isyarat.
Projek Suzuki Raider R150 Fi dalam masa terdekat? Ya, kali ini mungkin lebih kepada kejuruteraan sticker sahaja. Sebab dari segi teknikal, adalah beberapa tapi tak major dan mungkin tak perlu ditulis 🙂