msc-shopee-mycc1

My Sticker Co. x Shopee

Salam / Selamat Sejahtera!

Terima kasih kepada yang kerap bertanya mengenai operasi MSC di Shopee. Ya, buat masa sekarang aku tak rancang nak kembali ke Shopee. Seperti kebanyakkan anda (pengguna Shopee) yang sedia maklum, ketika pertengahan bulan Mac 2024, Shopee memperkenalkan beberapa polisi dan caj yuran yang baru. Polisi baru ini sudah tentu bakal menarik banyak pengguna baru disamping pendapatan lumayan kepada Shopee disebabkan kadar caj yuran yang meningkat.

Ada 2 polisi baru yang bakal menyusahkan Seller iaitu polisi :

  • ‘Change Of Mind’ / Free Return dalam masa 15 hari
  • Method C.O.D.

Polisi Free Return dalam masa 15 hari bermakna Seller hanya akan menerima wang mereka hanya selepas 15 hari walaupun Buyer dah mengesahkan penerimaan barang. Dan risiko untuk dapat Joy Buyer adalah amat tinggi. Free Returns ini pula adalah istilah untuk anda yakni Buyer. Dari pihak Seller, Seller lah yang akan menanggungnya. Betullah yang Seller dapat claim balik dari Shopee. Tapi percayalah, apa-apa bentuk borang tuntutan yang diisi dan dihantar kepada Shopee amatlah memeritkan. Sehingga satu tahap, Seller redha menanggung rugi semata-mata kerana sebab dah bosan melayan karenah Shopee.

Method COD. Sebelum ini, method pembelian COD ini boleh dibuka/ditutup oleh Seller. Tapi dengan polisi baru ini, method COD diaktifkan sebagai standard. Seller dah tak boleh nak kawal fungsi COD. Dan seperti di atas, akibatnya adalah peningkatan Joy Buyer. Memanglah barang itu akan dipulangkan semula pada Seller. Masalahnya, Seller akan kerugian dari segi masa. Dan jika lebih malang, bungkusan / kotak produk akan rosak. Bila kotak sudah rosak, dah tentu ianya akan membawa masalah untuk dijual semula (sesetengah item/produk). Itu tak termasuk lagi kes parcel itu dibuka.

Mengenai kadar caj yuran komisyen dan yuran transaksi yang meningkat, aku tak ada masalah memandangkan Shopee ni sentiasa dapat mencari trafik pengguna selain dari faktor kenaikkan cukai. Cuma masalah disini adalah dari segi harga produk jualan. Seller terpaksa menaikkan harga jualan. Faktor kenaikkan cukai ini tidak terhad disini sahaja ya. Ianya turut mempengaruhi kos bahan-bahan mentah.

Oleh itu, aku buat keputusan untuk berehat seketika dari Shopee sebagai satu tanda bantahan. Kesian dekat seller kecil-kecilan yang bergantung penuh kepada Shopee. Ketika polisi ini dilaksanakan sepenuhnya, mereka tiada pilihan memandangkan Hari Raya yang bakal tiba. Untuk mereka mencari platform lain pula, dah terlambat.

Laman web aku ni masih dalam peringkat pembinaan. Penambah-baikkan akan dibuat dari masa ke semasa. Terutama dari segi struktur diskaun. Terima kasih sekali lagi kepada semua pelanggan yang memberi sokongan semasa aku di Shopee.