Salam / Selamat Sejahtera!
Nah, ini kali kedua aku kena tulis balik tentang projek peribadi Suzuki Raider R150 Fi (Lucky Strike Concept V1 Red/Black). Penulisan sebelum ini secara tak sengaja terpadam ketika aku naik taraf web ini.
Pada sekitar Mei 2023, muncul idea untuk buat projek ini selepas sudah bosan dengan penampilan asal. Dan pada awalnya, projek ini hanya untuk menukar tema coverset tanpa melibatkan mana-mana bahagian lain motosikal. Tema coverset ini harus sesuai untuk dipadankan dengan penampilan motosikal dalam keadaan standard.
Entah bagaimana, sedikit demi sedikit aku tergelincir. Dalam masa sibuk design coverset, tangan gatal order itu ini dari Shopee Motorsport. Haa tayar jadi 3 sebab kalau ikut formula, lagi banyak tayar maka akan lebih stabil. Taklah, pada awalnya order 90/80 untuk depan belakang. Akhirnya decided nak pakai depan 80/90 macam current setup. Masalahnya untuk saiz 80/90, di Shopee Motorsport cuma ada versi BT39SS sahaja. Jadi harga yang terpaksa dibayar dalam lingkungan RM330 kalau tak salah. Untuk saiz 90/80, aku pakai BT39. BT39 baru RM225 sebiji.


Lepas beberapa bulan pakai, absorber belakang dah mula jadi lembut. Jadi aku decided untuk tukar kepada monoshock RCB DB-2. Ianya disebabkan berat badan aku yang sekitar 85kg. Berdasarkan dari review2 pengguna lain, hanya model RCB ini (pada masa itu) yang menawarkan rate talaan yang banyak untuk orang yang berat macam aku ni.

Dalam masa barang-barang tambahan sampai, nah tiba-tiba kawan racun pakai radiator siam ni. Korang boleh beli dekat dia di link ini.

Aku bukan peminat swing arm aloy atau mana-mana swing arm aftermarket. Tapi bila tengok design Hypertech ni, dan warna ditawarkan pula adalah warna hitam, terus aku sambar. Pada masa projek ini dibuat, ini sahaja swing arm aftermarket yang berupa seperti itu. TAPI, sekarang ni dah ada design yang hampir sama dari DynoPro dan rekabentuk dia lebih kemas. Hypertech ni aku menyampah sebab rekaan bahagian bawah dia sangat tidak kemas membuatkan rantai akan bergesel pada 2 batang tiang yang disambung pada mounting mono. Boleh la nak pakai. Kena pula balut getah paip di bahagian tiang tu. Soon mungkin aku akan jual arm ni dan ganti dengan arm dari DynoPro.
Selain dari design, aku beli swing arm ini untuk memanjangkan sedikit moto ini supaya nampak kemas dan bersuaian dengan konsep yang aku nak buat.


Antara sebab aku tak berani jual sticker coverset ini adalah sebab aku pakai Oracal 651. Untuk mereka yang familiar dengan jenis-jenis sticker, pasti sedia maklum tentang kualiti jenama ini dan harganya. Kemampuan pencetak untuk mencetak di atas material ini juga antara faktor yang memainkan peranan penentuan harga.

Owh ya. Ini ‘upgrade’ paling awal yang dibuat sebelum bermula projek Lucky Strike ini. Perubahan tak terlampau ketara. Tapi mmg terasalah sedikit berbanding Nissin.






Jadi inilah peringkat pertama bermulanya perjalanan projek untuk Suzuki Raider aku. Namapun V1, maknanya akan ada V2 dan seterusnya. Tetapi untuk Suzuki Raider R150 Fi Lucky Strike Concept ini, aku rasa setakat V2 sahaja. Sebab selepas dari V2, aku ada plan konsep lain yang tidak lagi bersangkut dengan konsep Lucky Strike.
Yang aku perasan selama memakan konsep Lucky Strike ini, hanya mereka yang datang dari zaman sekapal atau terdahulu sahaja yang menoleh. Aura konsep ini tak cukup kuat untuk generasi sekarang 😀